Ketika berusia belasan tahun, sekitar tingkatan empat,


"Nanti dah besar As nak jadi ape?" tanya Pak Teh.
"As nak jadi ENGINEER!"


Saya mula mengenali perkataan magis itu (ENGINEER) bermula dengan sebuah.. videogame. (apakah?)

Sewaktu bermain Digimon World 2 (game PlayStation), saya tertarik dengan seorang watak bernama Techna Donna, seorang engineer. Beliau merupakan kakak kepada Kim, juga watak utama.
Antara tugasnya, berkaitan dengan mesin dan kenderaan.

Cita-cita saya yang asal ialah menjadi guru. (haha)
Kenapa? Sebab saya memang takde cita-cita..

Berbalik kepada game tadi, saya pun pilih untuk jadi jurutera - sebab banyak apply science.
Minat saya memang kepada sains, bukan pendidikan.

Result SPM saya melayakkan saya untuk memilih bidang kejuruteraan.
A1 untuk Mathematics, Additional Mathematics, Chemistry dan Physics.

Tapi sekarang....
Bila dah lalui, baru saya faham kenapa engineering dianggap sukar.
Mula hilang minat belajar.
Result kat universiti, takyah ceritalah.
Rasa nak mengalah.
Tapi tak elok berhenti sekerat jalan.
Belajar kerana terpaksa.

Kemudian jumpa minat baru.
Designing.
Tiba-tiba je tahap kreativiti saya memuncak.
Seoalah-olah otak kanan jadi aktif.
Saya mula seronok untuk mengembangkan kebolehan saya.
Zaman sekolah, saya agak skeptik dengan kreativiti.
Saya percaya, nak hidup perlukan logik, bukan kreativiti.
Bolehkah hidup dengan berbekalkan kreativiti sahaja?

Dan saya terbukti salah.
Saya pun mula merajinkan diri untuk sketching, colouring dan guna photoshop.
Seronok rupannya pegang berus lukisan dengan kertas A3 daripada pegang kalkulator.

Saya mula ragu-ragu terhadap diri.
Entah jalan apa yang bakal saya tempuhi...
Engineer or designer?
Dilema oh dilema...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...