Tamat sudah segala jenis ujian akademik untuk semester ini.
Atau biasanya kami panggil "test".
Berakhirnya test Electrical Technology Isnin lepas, kami pun "merdeka" sebelum exam.

Rasa tenang sikit malam tu.
Mula menyusun semula jadual hidup yang tak berkaitan dengan test.

Terpandang buku-buku di atas rak, berminggu-minggu tidak diselak.
Rindu jugak nak baca. Nak habiskan mana-mana yang sempat.

Saya masukkan macam-macam jenis buku dalam jadual harian.
Sekali-sekala saya memerlukan bacaan bukan akademik.

Antaranya,
- Tentang Cinta oleh Pahrol Mohd Juoi, (21 Julai 2010)
- Solusi isu 24
- Nota Hati Seorang Lelaki oleh Pahrol Mohd Juoi (24 September 2010)
- La Tahzan oleh Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, diterjemah oleh Noraine Abu (24 September 2010)
- The Book Project 1 oleh Karen-Ann Theseira dan penulis-penulis lain (8 April 2010)
- Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin (4 Ogos 2010)

(Tarikh yang dicatatkan sebenarnya tarikh saya membeli buku tersebut. Saya juga menulis tarikh di hujung muka surat setiap buku yang telah habis dibaca.)



Sebenarnya, bukan nak cerita pasal buku.
Tapi pasal saya.


20 Oktober 2010, Rabu, 8.30 pagi.

Kembali membelek novel Tautan Hati.
Bermula dengan bab 3, Derita, muka surat 93.

Terus membaca.
Tiba di muka surat 107, saya berhenti.
Segera menutup buku.
Cepat2 landing atas katil. Bantal dipeluk sekuat hati.
Dan air mata mula bercucuran.
Basah cadar tilam dengan air mata.
Tersesak-esak menangis.

Saya sedih sangat dengan nasib Imtisal.
Walaupun sekadar watak fiksyen, saya rasa bersyukur.
Bersyukur kerana nasib saya jauh lebih baik daripadanya.

***********

"Lelaki pun boleh menangis sebab baca novel?"

Entahlah.
Tak tahu kenapa.

Saya mudah menumpahkan air mata.

Sejak kecil, mungkin saya satu-satunya anak yang kuat menangis.
Betul ke?

Saya juga pernah menangis semasa membaca novel-novel lain,
seperti Ayat-Ayat Cinta.
Ketika Fahri dihumban dan diseksa dalam penjara atas kesalahan yang dia tidak lakukan.

Semasa zaman matrikulasi, pensyarah bahasa Inggeris ada menayangkan slide, tentang ibu.

Mata masing-masing fokus kat skrin.
Mata saya menghala ke lantai. Dahi diletakkan di hujung meja.
Menangis.
Pensyarah tu terkejut. Tiada pelajar perempuan yang menangis pun.


Satu persoalan timbul.
Kenapa saya mudah menangis?
Bukankah lelaki "berhati waja".
Sering diungkapkan, lelaki "makhluk akal" dan wanita "makhluk perasaan".
Saya yang mana satu?

Saya tak rasa kekurangan sebenarnya.
Tapi saya anggap "perasaan" ini satu anugerah.
Saya pernah jumpa perempuan yang tak mampu menangis.
Saya tak perlu malu menangis, bila terkenangkan orang yang kita sayang.

*******

Nasib Imtisal sangat menyayat hati. Tapi pembacaan masih diteruskan.
Saya "tersentak" di halaman 107, apabila terbaca dua perkataan.
Pejabat pos.

Ada apa dengan pejabat pos?
Mama bekerja di pejabat pos, sejak saya sekolah menengah.
Dan itu sajalah sumber pendapatan kami hari ni, sejak abah pergi meninggalkan kami berlima.

Sekali lagi, air mata saya mengalir.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...