Kelas pagi tadi mula jam 11 pagi. Berakhir 5 petang. Kerana kesuntukan masa, saya skip makan tengah hari..

Petang makan biskut.
Malas nak makan nasi. Tunggu lepas maghrib nanti..

Selepas Maghrib
Bunyi "tirai besi" ditarik di kafe Kolej Tuanku Canselor.
Mereka tutup kedai.

Selepas terawih, dan selepas mesyuarat IHRAM 2010, saya minta Munzir hantar saya ke Arked Kolej 9.
Makan sizzling.

Saya makan sendirian. Munzir ada kerja.
Terdengar bunyi riuh di belakang.
Saya pun menoleh.

Ada yang kelihatan tua. Ada yang budak-budak lagi.
Sebuah keluarga.

Saya berhenti makan.
Kemudian pandang mereka.

Barangkali keluarga pelajar di sini.
Pelajar tersebut sangat bertuah.
Keluarganya ada bersama pada 1 Ramadan.

Tahun lepas, saya pulang ke rumah pada 1 Ramadan. Untuk berpuasa bersama keluarga.

Berpuasa bersama keluarga.

Tapi, kali ini, saya tidak pulang ke rumah.
Seandainya pulang, abah tetap tak ada.
Tak ada bezanya pulang atau tak.

Tinggal kami berlima.


Saya berasa iri hati terhadap pelajar tersebut.
Mempunyai keluarga di sisinya.
Tidak sepertiku...

Pada masa yang sama, saya tumpang gembira.
Dia masih ada keluarga yang sangat menyayanginya.
Kalau tidak, masakan keluarganya sanggup makan bersama pada jam 12 malam.

Mama, Abang Am, Annas, Anis,
Tunggulah kepulangan As. Sedikit masa lagi As akan pulang.
Dan jangan pernah berhenti berdoa untuk abah.

Ashraf Bin Nazlan

3 comments:

Satu perkara yang saya terlupa..
Sahabat-sahabat Badar dan KRU juga keluarga saya. Daripada abang-abang dan kakak-kakak hinggalah kepada adik-adik.. Semuanya keluarga saya..

tocei2x..~ingat..jgn prnah brhenti..

sama2.. dan terima kasih, kakak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...