Hujan menitis gugur membasahi bumi.


Masih belum nampak lagi bayangnya.
Aku tetap menunggu. Dia akan tiba.
Tak mungkin dia lupa.

Aku hanya berteduh di bawah sebatang pokok pinang yang tidak tinggi.
Aku bermandi hujan.

Mengira detik waktu berlalu.
Masih belum tiba.
Tapi aku tahu, dia akan datang.
Dia akan datang.

Badanku semakin kesejukan.
Entah macam manalah buku-buku dalam beg ni.
Entah basah, entah tak.

Mata saya yang rabun jauh ni cubaa perhatikan di sebalik pagar sana.
Tak nampak juga.
Aku berulang-alik keluar pagar besar, kemudian kembali ke bawah pohon itu.
Mana ni..

Aku berdiri.
Dan terus berdiri menantinya.

"As!"
Aku toleh ke belakang.
Abang Am memanggilku.

"Abah kat sana.."
Jarinya tunjuk ke arah bangsal berbumbung.
Atau lebih tepat, tempat letak kereta guru.

Kami berlari dalam hujan.

Abah duduk di atas motor.
"Lain kali, kalau hujan, tunggu kat sini.."

Abah pun lupa nak pesan untuk suruh aku tunggu di tempat letak kereta berbumbung jika hujan.
Aku pun tak tahu nak cari kat mana.

Apabila pulang, aku dan abang Am mandi hujan.
Abah yang benarkan. Kami berdua seronok.
Mama kehairanan melihat kami.
Kami kata abah yang benarkan.



Peristiwa ini berlaku semasa saya darjah satu.
Kira-kira 13 tahun lepas.

Entah kenapa, akhir-akhir ni, apabila hujan, saya teringat kisah ini.
Abah masih ada bersama kami.

Saya akui, tiada manusia sempurna.
Tapi dia sangat sempurna kepada kami sekeluarga.

Hati saya terasa ada suatu ruang yang kosong.
Saya tak mampu menterjemahnya dalam tulisan.

Saya mungkin nampak gembira di hadapan rakan-rakan kelas.
Ceria di hadapan sahabat Badar, KRU dan surau.
Ketawa sama-sama.


Sejak abah takde,
Saya jarang jumpa senior.
Saya suka berkurung dalam bilik.
Kunci pintu, dan hanya buka suis kipas dan lampu belajar.
Saya tak mahu diganggu.
Saya tak nak cakap dengan siapa-siapa.
Dan menangis.

3 comments:

Saya dah tak mampu tanggung semua ni.. Saya tak mampu..

ALLAH sangat sayangkan hamba-Nya,setiap ujian yang di kurniakanNya pasti ada hikmah disebaliknya..ana nak nasihatkan kt sini,bila baca al-mathurat,renungi setiap terjemaahan kata2..disitu enta akan dapat satu kata dari ALLAH yang menyatakan Dia tidak akan menguji hambaNya yang tidak mampu

Syukran Atikah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...